PUTRAJAYA, 21 Dis (Bernama) -- Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya oleh UM.
"UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak," menurut kenyataan tersebut.
KPT berkata individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis dan siasatan turut dijalankan pihak berkuasa, sehubungan itu semua pihak diseru agar memberikan ruang supaya siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan.
Menurut kenyataan itu sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan boleh mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.
"Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil," menurutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial