BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kebakaran Di Dewan Parlimen Korea Selatan, Hampir 500 Orang Dipindahkan

21/12/2024 06:35 PM

SEOUL, 21 Dis (Bernama-Yonhap) -- Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.  

Kebakaran dilaporkan berlaku pada 11.52 pagi waktu tempatan di dewan resepsi kompleks Parlimen di Yeouido, yang turut menempatkan bilik media dan dewan perkahwinan.

Sekitar 480 orang termasuk wartawan dan tetamu majlis perkahwinan dipindahkan, menurut bomba.  

Daripada jumlah itu, enam orang menerima rawatan kerana terhidu asap, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 1 tengah hari dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.  

-- BERNAMA-YONHAP  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan