BELANJAWAN 2025 > BERITA

Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas KM204

24/12/2024 05:28 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di Melaka malam tadi.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau meluahkan rasa dukacita atas tragedi itu dan berharap agar keluarga mangsa diberi kesabaran dan ketabahan di waktu sukar ini.

“Mendoakan agar mereka yang terkorban ini diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” kata beliau.

Tujuh termasuk lima sekeluarga maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara, 8.45 malam tadi.

Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dan empat penumpang MPV serta pemandu dan penumpang bas berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan