BELANJAWAN 2025 > BERITA

Pasukan Penyiasat Mohon Waran Tangkap Terhadap Presiden Yoon

30/12/2024 04:12 PM

SEOUL, 30 Dis (Bernama-Yonhap) -- Pasukan penyiasat pada Isnin memohon waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat, menjadikannya presiden Korea Selatan pertama yang berdepan penahanan, lapor agensi berita Yonhap. 

Pasukan itu memohon waran atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa selepas Yoon mengabaikan tiga panggilan untuk hadir sesi soal siasat. 

Permohonan difailkan di Mahkamah Daerah Barat Seoul pada tengah malam Ahad, menurut pasukan penyiasat yang terdiri daripada Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), polis, dan unit siasatan kementerian pertahanan. 

Penyiasat mendakwa Yoon mengetuai pemberontakan dan menyalahgunakan kuasanya apabila mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis dan didakwa mengarahkan tentera ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan untuk menghalang Ahli Parlimen daripada membatalkan dekri itu. 

Yoon menafikan tuduhan itu dan berkata bahawa pengisytiharan undang-undang tentera itu adalah satu "tindakan pemerintahan" untuk memberi amaran kepada parti pembangkang terhadap apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa perundangan. 

Yun Gap-geun, seorang daripada wakil peguam Yoon berjanji akan mengambil "langkah formal" sebagai tindak balas. 

"Ia adalah permohonan oleh agensi yang tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat (tuduhan pemberontakan)," katanya kepada agensi berita Yonhap, merujuk kepada CIO. 

-- BERNAMA-YONHAP 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan