BEIJING, 31 Dis (Bernama-CMG) -- Protokol Naik Taraf Lanjut Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-Singapura berkuatkuasa mulai hari ini.
Protokol itu ditetapkan berdasarkan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi, sekali gus membuka pasaran perdagangan perkhidmatan dan pelaburan antara kedua-dua negara dengan lebih lanjut.
Dari aspek akses pasaran pula, China dan Singapura membuat komitmen membabitkan keterbukaan dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan melalui pelaksanaan senarai negatif.
Selain itu, kedua-dua pihak menetapkan peraturan bermutu tinggi dan sistematik dalam bidang perdagangan perkhidmatan, pelaburan, perkhidmatan telekom dan lain-lain, di samping memperluas kerjasama dalam sektor baharu seperti ekonomi digital.
Penguatkuasaan protokol itu diyakini akan merangsang potensi perdagangan perkhidmatan dan kerjasama pelaburan kedua-dua negara, di samping mendorong hubungan China-Singapura maju ke hadapan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial