KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata sebarang dakwaan berkaitan isu penganiayaan akan disiasat dan diberikan perhatian serius.
“Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya kepada Bernama menerusi kiriman WhatsApp.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang Ahli Parlimen mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu negara.
Menerusi perkongsian di laman Facebook pada 3 Jan lepas, Ahli Parlimen itu mendakwa berlaku kejadian buli melibatkan beberapa pelajar di institusi ketenteraan itu sehingga membahayakan nyawa.
Beliau turut mendakwa suara ibu bapa disekat bagi mendedahkan kebenaran dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial