IPOH, 6 Jan (Bernama) -- Seorang wanita berjaya menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandunya terbakar setelah terbabas dalam kemalangan di Kampung Baru Air Kala Jalan Lenggong–Gerik dekat Lenggong hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bergegas ke lokasi kejadian sejauh 14 kilometer selepas menerima panggilan pada 8.30 pagi.
Beliau berkata wanita berusia 28 tahun itu yang memandu kereta Nissan Sentra berjaya keluar daripada kenderaan terbabit sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
"Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke klinik menaiki ambulans. Setelah selesai kerja-kerja pemadaman, kemusnahan kereta itu dianggarkan sebanyak 85 peratus," katanya dan menambah operasi tamat pada 9.20 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial