PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd berkuat kuasa Isnin lepas (6 Jan).
Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC Datuk Roslan Abdul Rahmam menerusi kenyataan ringkas hari ini berkata pembatalan lesen nombor 2992 adalah selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
"MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," katanya.
Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan sebuah resort di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.
Tempahan itu memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial