BELANJAWAN 2025 > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Sehingga 9 Malam Ini

08/01/2025 07:52 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat adalah Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim), manakala di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Port Dickson).

Amaran sama turut melibatkan Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Miri (Telang Usan), dan Limbang, selain di Sabah yang melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, dan Tuaran), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan