KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata inisiatif ini akan mengukuhkan lagi kekuatan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
“Perkara ini saya lontarkan semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi Sinar Mas Franky Oesman Widjaja dan rombongan petang tadi.
“Saya turut maklumkan bahawa dalam konteks Kepengerusian ASEAN 2025, kejayaan pembangunan infrastruktur merentasi pelbagai negara menuntut keyakinan dan kerjasama utuh antara syarikat-syarikat ASEAN,” kata beliau menerusi hantaran di laman X hari ini.
Anwar berkata Sinar Mas merupakan satu daripada kumpulan perniagaan terkemuka di Indonesia yang beroperasi dalam tujuh sektor utama, iaitu pulpa dan kertas, pertanian dan makanan, perkhidmatan kewangan, hartanah, telekomunikasi, tenaga dan infrastruktur, serta perkhidmatan kesihatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial