NEW YORK, 8 Jan (Bernama-WAFA) -- Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Dalam satu hantaran di X, agensi itu menjelaskan, keluarga di "Gaza terpisah, kanak-kanak terkorban akibat kesejukan dan kelaparan yang meragut nyawa," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
UNRWA turut menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.
Kenyataan UNRWA itu dibuat ekoran pengeboman berterusan dan sasaran langsung terhadap hospital, menyaksikan tiga hospital awam di utara Gaza iaitu Hospital Kamal Adwan, Beit Hanoun dan Hospital Indonesia tidak lagi berfungsi akibat peningkatan serangan Israel.
Hanya 14 daripada 36 hospital di Gaza kini beroperasi secara separa dan menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial