BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kerajaan Madani Komited Perkukuh Ekonomi Negara, Sosioekonomi Rakyat - PM Anwar

11/01/2025 11:37 AM

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksanakan segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara dan sosioekonomi rakyat.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata kerajaan turut memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini demi kemakmuran bersama rantau ini.

Anwar berkata kunjungan tiga pemimpin luar ke Malaysia, iaitu Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada minggu ini penuh bermakna kepada negara ke arah meneroka kerjasama baharu.

“Alhamdulillah, minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura, Indonesia dan Jepun.

“Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya dalam catatan itu.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Jan 2025 menandakan kali kelima memegang jawatan itu selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan