BELANJAWAN 2025 > BERITA

Enam Maut Dalam Letupan Sebuah Restoran Di Republik Czech

12/01/2025 06:37 PM

PRAGUE, 12 Jan (Bernama-dpa) -- Enam orang maut dan lapan lagi cedera dalam letupan yang menyebabkan kebakaran di sebuah restoran di Republik Czech malam tadi, menurut pihak berkuasa awal Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital, menurut pasukan bomba. Berdasarkan laporan saksi, kejadian berlaku apabila sebuah pemanas gas terbalik menyebabkan silinder propana yang digunakan terbakar.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan api merebak begitu cepat .

Kejadian berlaku di sebuah restoran di pusat bandar perindustrian Most, kira-kira 15 kilometer dari sempadan Jerman.

Menteri Dalam Negeri Czech Vít Rakusan  dalam catatannya di X berkata kira-kira 30 orang yang berada di restoran tersebut dan bangunan bersebelahan berjaya menyelamatkan diri.

Sebuah stesen berita tempatan melaporkan restoran itu musnah sepenuhnya akibat kebakaran dengan api marak setinggi dua hingga tiga meter.

Polis membuka siasatan berhubung kesalahan disyaki membahayakan keselamatan awam.

Di Republik Czech, kesalahan itu terpakai kepada sesiapa sahaja yang cuai menimbulkan risiko kepada nyawa atau keselamatan ramai orang atau menyebabkan kerosakan berskala besar kepada harta benda individu lain.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan