KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Perayaan seperti Ponggal mengingatkan masyarakat tentang nilai keharmonian, saling menghormati dan perkongsian tradisi yang menyatukan negara serta mencerminkan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaiannya, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy.
Menerusi mesej sempena Ponggal atau Pesta Menuai yang akan disambut oleh masyarakat India esok, beliau menekankan kepentingan sambutan berkenaan dalam memupuk perpaduan dan keterangkuman.
“Ponggal adalah masa untuk mensyukuri, pembaharuan dan kemakmuran - meraikan hubungan kita dengan alam semula jadi, kerja keras dan rahmat hasil tuaian yang melimpah ruah.
“Ia adalah waktu untuk berterima kasih atas berkat hasil tuaian yang melimpah, untuk menghargai ikatan kekeluargaan dan memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Saraswathy juga berharap perayaan ini akan membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan cemerlang kepada semua yang menyambutnya.
“Semoga Ponggal kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan melimpah kepada semua orang yang disayangi,” katanya.
Ponggal adalah perayaan menuai yang disambut oleh komuniti India di serata dunia, termasuk Malaysia. Perayaan ini menandakan penghargaan kepada dewa matahari (Surya) serta bumi (Bhoomi) atas hasil tuaian yang melimpah dan kemakmuran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial