BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik Kempunan Ke Final

18/01/2025 10:47 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) --Kemaraan beregu lelaki nombor dua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pentas pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 terhenti selepas tersingkir di pusingan separuh akhir di New Delhi malam ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Indira Gandhi, beregu ranking kelima dunia itu terpaksa akur apabila tewas kepada juara Terbuka Malaysia 2025 dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 20-22, 19-21 dalam tempoh 41 minit.

Keputusan itu sekali gus gagal mengubat kekecewaan mereka pada edisi lepas yang turut terkandas di peringkat separuh akhir.

Kali terakhir Aaron-Wooi Yik ke pentas final kejohanan yang sama adalah pada edisi 2023.

Sementara itu, beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang menghuni ranking ketiga dunia, juga menerima nasib sama setelah dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 17-21, 15-21 dalam tempoh 42 minit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan