KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kini memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaat kompetitif.
Sehubungan itu, bank ini menawarkan ganjaran 5,000 mata Enrich kepada 200 pelanggan terawal yang memohon dan membuat perbelanjaan minimum RM500 sebelum 31 Mac, 2025, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, kata bank itu dalam kenyataannya hari ini.
“Direka khusus untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan mewah, kad ini meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga ganjaran TruPoints yang menarik,” katanya.
Kad itu khusus bagi pelanggan yang mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM250,000.
Bank Islam juga menyasarkan untuk meningkatkan pengurusan kekayaan dan portfolio kadnya sebanyak 10 peratus pada 2025 melalui pengenalan kad kredit-i itu.
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Kumpulan Mizan Masram berkata sebagai peneraju perbankan Islam Malaysia, bank itu komited menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah komprehensif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial