KLANG, 19 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri selepas dibelasah Sri Lanka pada aksi pertama Kumpulan A saingan Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah-19 Tahun (B-19) 2025 di Bayuemas Cricket Oval di sini hari ini.
Sri Lanka yang turun dengan status pasukan pilihan tidak berdepan masalah untuk menundukkan skuad tuan rumah dengan mencatatkan 139 larian dalam 20 over, manakala lawan mereka menghasilkan 23 larian dalam 14.1 over.
Kapten pasukan Nur Dania Syuhada Abedul Samad mengakui skuad negara agak lemah di bahagian pukulan, sekali gus memberi kelebihan kepada pihak lawan.
“Kita memang lemah ketika membuat pukulan, memang itu yang kita perlu fokus dan tambah baik untuk perlawanan menentang India selepas ini.
“Saya akui walaupun India kuat, tapi kriket ini perlawanan subjektif, kita boleh cipta kejutan,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan di sini hari ini.
Malaysia akan berdepan juara bertahan India pada Selasa (21 Jan) dan West Indies pada Khamis (23 Jan) dalam Kumpulan A.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial