KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Dagangan saham-saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif.
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, pengendali lapangan terbang itu berkata kalangan pemegang saham telah menerima tawaran daripada Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA), Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan GIP Aurea Pte Ltd pada harga tunai RM11.00 sesaham.
GDA merupakan konsortium diterajui Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Konsortium itu memegang sebanyak 86.51 peratus saham MAHB setakat 17 Jan, 2025, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial