New York, 28 Jan (Bernama-CMG) -- Pusat beli-belah yang paling besar di Amerika Utara, iaitu “American Dream”, bekerjasama dengan Kumpulan Media China (CMG) untuk mempromosikan Gala Tahun Baharu China (TBC) pada Ahad waktu tempatan.
Video promosi Gala itu ditayangkan di pusat beli-belah tersebut diiringi tarian oleh kanak-kanak dan menarik tontonan ramai pengunjung.
Di samping itu, wakil CMG juga hadir pada sesi promosi berkenaan, memperkenalkan keistimewaan dan fokus Gala pada tahun ini, selain mengucapkan selamat TBC kepada penduduk tempatan.
Konsul Besar China ke New York Chen Li bersama-sama tetamu lain menyalakan lampu merah di dinding dan roda feris bernama “Dream Wheel” untuk menambah kemeriahan suasana sambutan perayaan TBC.
Ini tahun ketiga secara berturut-turut aktiviti mempromosi Gala TBC CMG diadakan di pusat beli-belah “American Dream”.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial