BELANJAWAN 2025 > BERITA

KWSP: Penutupan Sementara Pejabat Bintulu Berikutan Banjir

30/01/2025 03:31 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabatnya di Bintulu mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan penutupan bekalan elektrik di bangunan terbabit sebagai langkah keselamatan susulan paras air banjir yang meningkat.

Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, pihaknya mengambil langkah proaktif termasuk menutup mana-mana pejabat yang terjejas untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli dan anggotanya berikutan banjir yang sedang berlaku di Bintulu dan beberapa kawasan lain di Sarawak.

KWSP sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan untuk menilai keadaan dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan secepat mungkin.

Ahli-ahli yang telah membuat temu janji di pejabat KWSP Bintulu dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka selepas keadaan banjir mulai pulih.

Untuk transaksi penting, ahli dinasihatkan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan transaksi KWSP, ahli boleh menghubungi Pusat Perhubungan dan Nasihat Perkhidmatan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan