LABUAN, 3 Feb (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan akan memiliki bangunan baharu menerusi pembinaan Kompleks Jabatan Pendidikan Labuan bernilai RM100 juta di Kampung Batu Kalam yang dijangka bermula hujung tahun ini.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Wan Hashim Wan Rahim mengesahkan projek berkenaan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan akan dilaksanakan serta diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Pembinaan kompleks ini merupakan berita baik bagi kakitangan pendidikan yang telah lama beroperasi di premis yang disewa di Kompleks Ujana Kewangan. Apabila siap nanti, kemudahan baharu ini akan menjadi sumber kebanggaan,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan blok baharu Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Patau-Patau di sini hari ini.
Beliau berkata kompleks baharu ini akan dibina di atas tapak Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Labuan Bukit Kalam yang sedia ada, menandakan pencapaian penting bagi sektor pendidikan tempatan.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial