BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tahun Baharu Cina: Tambahan Trip Feri P.Pinang Pada 5 Feb

03/02/2025 08:19 PM

GEORGE TOWN, 3 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan ditambah tiga perjalanan untuk memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld pada 5 Feb ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata susulan penganjuran program itu, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada kerajaan negeri dan George Town World Heritage Incorporated untuk menyelaras trip perkhidmatan feri pada hari berkenaan.

"Tiga trip tambahan itu ialah dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth pada 12 tengah malam, 12.30 tengah malam dan 1 pagi.

"Inisiatif itu bagi memastikan kelancaran pergerakan pengunjung yang menghadiri program terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kongsi Pengkalan Chew Pulau Pinang itu dijadual bermula dari 7 malam hingga 12 tengah malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan