WASHINGTON, 4 Feb (Bernama-Xinhua) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menghentikan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor media tempatan yang memetik pegawai Rumah Putih.
Pada hari yang sama, Trump dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang sekian lama mengkritik UNRWA, lapor Xinhua.
Semasa penggal pertama Trump pada Jun 2018, AS menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan alasan keanggotaan badan itu diberikan kepada negara yang tidak layak serta mempunyai tumpuan tidak seimbang dan permusuhan berterusan terhadap Israel.
Bagaimanapun, pada Februari 2021, Setiausaha Negara AS ketika itu, Antony Blinken mengumumkan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan kembali menyertai majlis berkenaan sebagai pemerhati.
Sejak 1950, UNRWA menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial