BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kementerian Luar, Perdagangan Dan Pertahanan Korea Selatan Halang Akses Ke Deepseek

05/02/2025 11:39 PM

SEOUL, 5 Feb (Bernama-Yonhap) -- Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan pada Rabu menghalang akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) China, DeepSeek, berikutan kebimbangan mengenai pengumpulan data pengguna, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.

Seorang pegawai kementerian memberitahu Agensi Berita Yonhap, mesej menunjukkan akses terhad akan muncul apabila seseorang cuba melawat laman sesawang itu.

Seorang pegawai kementerian pertahanan menyebut "kebimbangan teknikal" sebagai sebab untuk menyekat akses pada komputer yang berkaitan dengan kerja ketenteraan.

Ketiga-tiga kementerian tersebut adalah antara jabatan kerajaan utama yang mengendalikan data sensitif berkaitan hal ehwal luar negara, perdagangan, dan keselamatan negara.

Langkah yang dilaksanakan berdasarkan penilaian mereka sendiri, dilihat sebahagian usaha kerajaan untuk menangani kebimbangan bahawa data penting kerajaan boleh terjejas apabila pegawai menggunakan perkhidmatan AI generatif.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan mengirimkan surat pada hari sebelumnya kepada agensi kerajaan, serta kerajaan metropolitan dan wilayah, yang menggesa agar berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan AI seperti DeepSeek dan ChatGPT.

Surat itu dikatakan menekankan kepentingan untuk tidak berkongsi butiran peribadi dan mengelak daripada mempercayai hasil yang diberikan oleh perkhidmatan itu tanpa pertimbangan teliti.

Di pihak perniagaan, Kakao melarang penggunaan DeepSeek untuk tujuan perniagaan pada Selasa, menjadi syarikat teknologi besar pertama yang berbuat demikian.

LG Uplus melaksanakan dasar serupa pada awal Rabu.

Syarikat teknologi besar lain, termasuk Samsung Electronics, SK Group dan LG Electronics, yang kesemuanya sedang membangunkan perkhidmatan AI generatif mereka sendiri turut melarang penggunaan program sedemikian pada komputer syarikat tanpa kebenaran terlebih dahulu.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan