BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tarian Singa Ceriakan Warga Bernama

06/02/2025 07:59 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb  (Bernama) -- Persembahan tarian singa yang meriah dan berwarna-warni sempena sambutan Tahun Baharu Cina telah diadakan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini sekali gus mewujudkan suasana perayaan dan kegembiraan di tempat kerja.

Acara dianjurkan oleh Sea Limited, syarikat Internet pengguna global Singapura, yang dihadiri oleh warga Bernama daripada pelbagai jabatan itu, bertujuan memupuk semangat perpaduan sambil mengetengahkan kepentingan sambutan perayaan utama ini.  

Ketua Negara Sea bagi Malaysia Terence Siau berkata inisiatif itu sebahagian daripada usaha syarikatnya untuk berkongsi kegembiraan pada musim perayaan ini.

“Kita sedang meraikan Tahun Baharu Cina dan apa yang kita mahu lakukan adalah membawa kegembiraan dan keseronokan kepada semua termasuk rakan-rakan kita di Bernama.

“Ini adalah masa untuk kita meraikan sambutan istimewa ini dan berkongsi kegembiraan dengan semua,” katanya kepada Bernama. 

Tarian singa, seni tradisional masyarakat Cina yang melambangkan nasib baik dan keberuntungan, dipersembahkan semasa sambutan Tahun Baharu Cina bagi mengundang kemakmuran dan menepis roh jahat.

Turut hadir menyaksikan persembahan itu Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan