Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 11 Feb (Bernama) -- Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang diiringi Wanita Pertama Emine, tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi selama dua hari.
Pesawat yang membawa Erdogan mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada 6.30 petang waktu tempatan, Selasa, selepas lawatan rasminya ke Malaysia.
Ketibaannya disambut oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang turut hadir di lapangan terbang bagi meraikan kedatangannya.
Pemimpin Turkiye itu diberikan sambutan karpet merah serta kawalan kehormatan oleh Angkatan Tentera Indonesia.
Satu upacara rasmi bagi menyambut Erdogan akan diadakan di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
Dalam kenyataan sebelum berlepas baru-baru ini, Erdogan menekankan kepentingan lawatan itu yang bertepatan dengan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Beliau turut menyuarakan harapan agar lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, khususnya Indonesia yang menempatkan Sekretariat ASEAN, serta Malaysia selaku pengerusi ASEAN ketika ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial