KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB) yang mempunyai 85 peratus kepentingan dalam N9 Matrix Development Sdn Bhd (anak syarikat MCHB) telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk melupuskan tanah seluas 15.64 hektar pada harga RM90.91 juta kepada Kuntum Kemuning Sdn Bhd (KKSB) di Labu, Negeri Sembilan.
KKSB ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang terlibat dalam pelaburan hartanah.
MCHB dalam pemfailan Bursa Malaysia hari ini berkata hartanah itu terdiri daripada sembilan plot individu tanah pertanian yang kosong, membentuk sebahagian daripada projek pembangunan perindustrian akan datang, dikenali sebagai ‘MVV Techvalley’.
“SPA ini adalah bersyarat apabila Matriks N9 telah memperoleh, atas kos dan perbelanjaannya sendiri, untuk menukar kategori hartanah daripada tanah pertanian kepada tanah perindustrian dengan pengeluaran Hakmilik Individu yang layak dengan kategori penggunaan tanah dinyatakan sebagai ‘perindustrian’ pada atau sebelum 31 Disember, 2025, atau tempoh lanjutan lain dipersetujui bersama oleh pihak-pihak terlibat.
“N9 Matrix hendaklah, atas kos dan perbelanjaannya sendiri, mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk penyerahan dan pemberian hak milik induk dengan kategori tanah ditetapkan sebagai industri dan/atau mana-mana kategori lain berkaitan yang dianggap sesuai,” kata MCHB.
Menurutnya, urus niaga itu dijangka selesai dalam tempoh 12 bulan dari tarikh SPA.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial