BELANJAWAN 2025 > BERITA

Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen Kembali Dengan Wajah Baharu

20/02/2025 09:22 AM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pencinta mi di Malaysia kini boleh bersiap sedia! Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen bakal kembali dengan wajah baharu menampilkan bahan-bahan premium dan cita rasa Korea yang autentik.

Kali ini, mi berkenaan diadun menggunakan tepung gandum premium dari Australia dan Kanada, menghasilkan tekstur yang lebih tebal serta kenyal selain direka untuk menyerap sos pedas pekat dengan sempurna sekali gus memberi pilihan tahap kepedasan mengikut cita rasa rakyat Malaysia.

Pengurus Negara Gentle Supreme Sdn Bhd (Gentle Supreme) Ng Hock Guan berkata pelancaran semula Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen merupakan satu usaha untuk memperkenalkan pengaruh budaya Korea yang semakin popular di negara ini

“Rangkaian Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen sememangnya mempunyai keaslian dari segi rasa dan kini rakyat Malaysia boleh menikmatinya. Produk ini adalah cara kami meraikan rakyat Malaysia dengan memberikan rasa autentik Korea, yang diadun mengikut kesesuaian cita rasa tempatan penduduk Asia.

“Kami bukan sekadar menyajikan mi; kami membawa sebahagian daripada Korea ke dalam setiap isi rumah. Pelancaran ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dan kualiti, dengan menggunakan bahan-bahan premium bagi memenuhi standard global,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Gentle Supreme dalam kenyataan yang sama berkata pihaknya turut melantik pelakon sensasi K-Drama terkenal Ahn Hyo Seop sebagai Duta Baharu Mi Sedaap yang muncul dalam iklan televisyen bagi memperkenalkan rasa Korean Spicy Chicken Ramen.

Sebagai tanda penghargaan dan meraikan pelancaran Mi Sedaap, syarikat itu juga mengumumkan untuk mengagih-agihkan sejuta mi cawan secara percuma di seluruh Malaysia melalui trak bergerak dan mesin layan diri yang bermula di kawasan Lembah Klang.

“Bermula dengan 10 mesin layan diri di Lembah Klang, terdapat juga rancangan untuk menambah 20 buah lagi mesin layan diri sehingga hujung tahun ini. Baik di universiti, mahupun di pejabat, cita rasa Korea kini semakin dekat dengan anda!

“Peminat mi juga boleh mendapatkan pek promosi eksklusif 5+1 di kedai-kedai terpilih di seluruh negara,” katanya sambil menambah acara pelancaran Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen telah berlangsung selama enam hari di Sunway Pyramid pada 11 Februari lalu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Mi Sedaap, sila layari laman media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk berita terkini, kejutan manis, dan promosi istimewa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan