KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Perancis senada untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi dan tenaga selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dicapai menerusi perbualan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron hari ini, selain turut menyingkap perkembangan hasil pertemuan ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada 19 Nov lepas.
“Saya turut menyatakan penghargaan kepada Macron atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini.
“Kami juga sepakat untuk mencari jalan penyelesaian isu berkaitan Myanmar dalam mewujudkan keamanan di negara itu menggunakan pendekatan diplomatik yang bersesuaian,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Anwar turut menyatakan kesediaan kerajaan menerima kehadiran Macron dan delegasi ke Malaysia pada Mei ini, dalam usaha meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial