KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Seramai 282 pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan menerima sumbangan persekolahan berupa beg sekolah, set peralatan alat tulis, dan wang tunai RM100 dalam satu majlis hari ini.
Sumbangan tersebut disampailan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemangkin semangat pelajar untuk terus tekun dan memberi fokus sepenuhnya dalam menghadapi Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun ini.
Dalam ucapannnya, Wan Azizah menekankan kepentingan pendidikan dan pembelajaran berterusan dari peringkat sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi sebagai asas kepada masa depan yang lebih cerah dan jaminan kehidupan yang lebih baik.
“Pendidikan sangat penting, bukan sahaja untuk masa depan anak-anak, tetapi juga berperanan dalam mengubah nasib keluarga agar lebih baik pada masa akan datang. Pendidikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan,” katanya dalam majlis penyerahan sumbangan di sekolah tersebut.
Hadir sama, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Penyerahan sumbangan kepada 282 pelajar itu merupakan sebahagian daripada hampir 3,000 pelajar sekolah menengah harian di Parlimen Bandar Tun Razak yang menerima manfaat daripada inisiatif itu.
Sebelum ini, sebanyak RM450,000 telah diperuntukan kepada semua sekolah rendah dan menengah serta Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak bagi program Back To School, yang diadakan setiap kali musim cuti persekolahan.
Sesi persekolahan 2025/2026 bermula 17 Feb lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial