KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri semalam sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.
Beliau berkata pertemuan dengan Imam Masjid Al-Aqsa itu juga penting bagi membantu dalam usaha pembangunan semula Gaza.
“Ruang (pertemuan) ini juga penting supaya pemain institusi pendidikan negara dapat menjalin hubungan dengan Universiti Al-Quds di Baitulmuqaddis demi kelangsungan ilmu dan pembangunan umat Palestin.
"Baitulmuqaddis bukan sekadar sejarah, ia amanah yang perlu kita pertahankan dan bangunkan demi masa depan ummah!” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Semalam, Sheikh Dr Ekrima menjadi tetamu istimewa pada Majlis Ilmu MADANI di Putrajaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial