KUALA LUMPUR, 4 Mac – Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar Kementerian Kewangan memperkenalkan garis panduan yang lebih ketat bagi memastikan ketelusan dalam transaksi perbankan terutama melibatkan industri strategik seperti perkapalan.
Senator Datuk Sivaraj Chandran berkata cadangan itu susulan aduan yang diterima daripada sebuah syarikat perkapalan tempatan Maritime Network Sdn Bhd, yang telah beroperasi selama 22 tahun berhubung beberapa transaksi kewangan yang didakwa mencurigakan.
"Kepercayaan terhadap sistem kewangan negara amat penting untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kelangsungan industri.
“Oleh itu, saya menyeru agar pihak berkuasa memperketat pemantauan dan meningkatkan ketelusan dalam sistem perbankan bagi mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta pemain industri," katanya dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong hari ini di Dewan Negara hari ini.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy, yang juga seorang pakar maritim, menasihati agensi pengangkutan laut supaya menyelidik dengan teliti sebelum terlibat dalam urus niaga perniagaan bagi memastikan kesahihan transaksi tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial