BELANJAWAN 2025 > BERITA

Budimas Perluas Progam Pemakanan Ke Sarawak, Manfaat Lebih 5,000 Pelajar Seluruh Negara

04/03/2025 07:47 PM


KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Yayasan Kebajikan Budimas (Budimas) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak melancarkan Budimas Food Charity Fund (BFCF) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rampangi, Kuching, Sarawak, menandakan peluasan operasi ke Malaysia Timur. 

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPN Sarawak Ahmat Daud Lugom, yang merasmikan acara itu pada 27 Feb lepas, menekankan kepentingan sarapan berkhasiat bagi meningkatkan tumpuan pelajar dan prestasi akademik. 

Inisiatif itu bermula dengan penyediaan sarapan percuma kepada 300 murid dari SK Rampangi dan SK Rancangan Perumahan Rakyat, dengan rancangan untuk diperluas pada masa depan. 

Budimas turut menyumbangkan kelengkapan sekolah dan enam komputer riba bagi menyokong pembelajaran digital. 

Pegawai Eksekutif Budimas Anne Rajasaikaran menekankan keperluan segera untuk menangani masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan murid sekolah, dengan mengambil kira kesannya terhadap perkembangan dan pendidikan mereka. 

Ditubuhkan pada 2010, BFCF setakat ini telah memanfaatkan lebih 5,000 pelajar di 168 sekolah di seluruh negara dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan dan penderma. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan