BELANJAWAN 2025 > BERITA

Penjawat Awam P. Pinang Terima BKK Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000

05/03/2025 10:32 AM

GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena Aidilfitri ini.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini melibatkan 7,066 penerima

Menurut kenyataan itu BKK tersebut dianggarkan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta kepada kerajaan negeri.

“Ia sebagai penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan Visi Penang 2030, iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, BKK berjumlah RM300 juga bakal diberikan kepada penyelia, guru serta petugas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu lagi pemberian tersebut turut dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri tertakluk pada kemampuan kewangan masing-masing.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan