BELANJAWAN 2025 > BERITA

Saifuddin Belum Putuskan Bertanding Pemilihan PKR

06/03/2025 06:13 PM

BANTING, 6 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memutuskan sama ada akan bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei depan atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau akan mengumumkan sebarang keputusan mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.

“Belum setakat ini. Kalau ada saya akan buat sidang media khas,” katanya ringkas ditanya sama ada akan bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang.

Sebelum ini, PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan dilaksanakan pada 24 Mei.

Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui pemberita selepas meninjau premis memproses sisa elektronik haram di Teluk Panglima Garang di sini, hari ini yang menemukan hampir 50 tan kelongsong dan anak peluru serta peluru hidup ketika serbuan Op Hazard pada 15 Feb.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan