BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bumi Armada Dapat Dua Kontrak Bernilai RM578.4 Juta

07/03/2025 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bumi Armada Bhd telah memperoleh dua kontrak bernilai sebanyak RM578.4 juta dari syarikat minyak milik India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC). 

Firma perkhidmatan minyak dan gas luar pesisir itu berkata syarikat usaha samanya, Shapoorji Pallonji Armada Oil and Gas Services Pte Ltd (India) (SPAOGSPL) telah menerima kontrak bernilai RM127.0 juta untuk operasi dan penyelenggaraan (O&M) kapal pengeluaran terapung, penyimpanan dan pemunggahan Armada Sterling II (Armada Sterling II FPSO).

FPSO Armada Sterling II berkhidmat di medan Kluster-7 ONGC, yang terletak di pantai barat Mumbai, India. 

“O&M tersebut berkuatkuasa mulai 8 Mac 2025, untuk tempoh tiga tahun, dengan opsyen tahunan bagi melanjutkan pajakan sehingga tambahan tiga tahun,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. 

SPAOGSPL dimiliki secara 60:40 peratus oleh Shapoorji Pallonji Energy Pvt Ltd dan Bumi Armada (Singapura) Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Bumi Armada. 

Dalam satu makluman berasingan, Bumi Armada berkata syarikat usaha bersama Armada C7 Pte Ltd (AC7) menerima pemberitahuan anugerah bernilai RM451.4 juta untuk pajakan tanpa kru Armada Sterling II FPSO.

“Pajakan tanpa kru ini akan berkuatkuasa mulai 8 Mac 2025 untuk tempoh tetap selama tiga tahun, dengan opsyen penyambungan sehingga tiga tahun," katanya. 

AC7 dimiliki secara 51:49 peratus oleh Shapoorji Pallonji Energy Pvt Ltd dan Bumi Armada Offshore Holdings Ltd, anak syarikat milik penuh Bumi Armada. 

Mengenai lanjutan kontrak untuk pajakan Armada Sterling II FPSO oleh ONGC, Bumi Armada berkata entiti yang dikawal bersama, SP Armada Oil Exploration Pte Ltd belum menerima apa -apa notis sambungan bagi sambungan,

“Kontrak FPSO Armada Sterling II akan tamat pada 7 Mac 2025,” katanya, sambil berkata ia telah beroperasi di medan Kluster-7 ONGC sejak Mac 2015.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan