KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama-Xinhua) -- Filem blockbuster animasi China "Ne Zha 2" ditayang di pawagam Malaysia di Menara Berkembar di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, pada Sabtu, lapor Xinhua.
"Filem China semakin popular di pasaran Malaysia," kata Tan Cheong Tatt, ketua pegawai operasi TGV Cinemas, semasa majlis tayangan perdana itu.
TGV Cinemas adalah antara rangkaian pawagam utama di Malaysia. Tan Cheong Tatt menyatakan kualiti pengeluaran filem animasi China telah meningkat dengan ketara berbanding dahulu.
Acara itu menarik lebih 1,000 hadirin, termasuk wakil budaya dan media dari Malaysia dan China, serta peminat tempatan.
Tan Chiew Huong, seorang peminat tempatan, berkata selepas tayangan, "setiap babak memaparkan kesan visual yang menakjubkan, seindah cerita dongeng."
"Filem ini benar-benar hebat. Saya menangis beberapa kali semasa adegan paling emosional," kata Swee Kai Lit, seorang lagi peminat tempatan, kepada Xinhua.
Pengarah Urusan Encore Films Pte. Ltd, Joyce Lee, menyifatkan filem itu dihasilkan dengan teliti, dengan kesan visual canggih yang memikat penonton.
"Tularan filem ini di media sosial menunjukkan potensi pasaran yang kukuh di sini," ujar Joyce Lee.
Beliau menambah filem menjadi jambatan penting pertukaran budaya, dan penonton pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia akan memahami budaya Cina dengan lebih mendalam melalui kisah itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial