BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bomba Bantu Angkat Wanita Obesiti

13/03/2025 09:09 PM

MELAKA, 13 Mac (Bernama) -- Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat seorang wanita obesiti dengan berat badan 160 kilogram dari Taman Rambai Jaya di sini, untuk dihantar ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II  Noor Hafizah Mohammed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.45 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, benar terdapat seorang pesakit obesiti wanita berumur 29 tahun mengalami sesak nafas dan sepasukan anggota telah menjalankan kerja-kerja mengangkat pesakit ke dalam lori angkut.

“Seterusnya pesakit dihantar ke Hospital Melaka bersama seorang pegawai perubatan bagi mendapatkan rawatan selepas kerja-kerja mengangkat selesai kira-kira setengah jam,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan