BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kerajaan Persekutuan, Negeri Perlu Kerja Keras Bina Masa Depan Malaysia - Anwar

13/03/2025 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk mempercepat projek terkait rakyat yang memerlukan keseragaman dari segi kerjasama lebih hebat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

"Antaranya projek tebatan banjir, sekolah, kesihatan, masjid dan perumahan rakyat yang turut memerlukan kerjasama dengan pihak swasta dan pihak berkuasa tempatan dalam menjayakannya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menitipkan pesanan berkenaan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan