BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Malaysia Tewas 0-3 Kepada Iran

07/08/2025 12:03 AM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Skuad bola sepak bawah-20 (B-20) memulakan kempen kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dengan langkah kiri apabila tumpas 0-3 di tangan Iran dalam aksi Kumpulan F yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, hari ini.

Iran membuka tirai jaringan menerusi penyerang utama, Maryam Dini, yang meledak dua gol pada minit ke-13 dan ke-28, sebelum pemain gantian, Asal Ghajarian, melengkapkan kemenangan pasukannya dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.

"Saya tidak gembira dengan keputusan ini kerana saya benci kalah. Mereka kekal berpegang kepada pelan permainan yang ditetapkan, namun malangnya, beberapa kesilapan individu telah menghukum kami," kata ketua jurulatih negara Cameron Ng pada sidang media selepas perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berada di tangga ketiga kumpulan, manakala Iran di kedudukan kedua dengan tiga mata – dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan pendahulu kumpulan, Jepun.

Terdahulu, Jepun membelasah Guam 5-0 dalam satu aksi kumpulan yang berlangsung sebelah petang.

Malaysia akan berdepan tugas getir menentang Jepun pada Jumaat, sebelum menutup kempen kelayakan Kumpulan F menentang Guam, Ahad ini.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan