BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam Meninggal Dunia

08/08/2025 02:30 PM

SHAH ALAM, 8 Ogos (Bernama) -- Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Mat Yasir Ikhsan, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 3 pagi tadi akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan anak lelakinya, Azwan Mat Yasir, 45, menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau memaklumkan jenazah bapanya akan diurus dan disolatkan di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, selepas solat asar.

"Mohon doa dari jiran dan sahabat untuk arwah. Semoga perjalanannya ke alam barzakh diberkati," katanya menerusi hantaran itu.

Mat Yasir merupakan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar antara 1999 hingga 2004 serta Parlimen Sabak Bernam pada 2004 hingga 2008.  

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan