BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka India: Muhammad Azeem, Danish Raih Podium Pecut 100 Meter

10/08/2025 09:17 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee menghadiahkan pingat buat negara di Kejohanan Terbuka India, apabila masing-masing meraih podium acara pecut 100 meter (m) di Bhubaneswar, hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Kalinga, Muhammad Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) menjadi individu pertama tiba di garisan penamat dengan catatan 10.35s.

Manakala Danish yang juga beraksi di final bersama-sama Muhammad Azeem, merekodkan 10.50s untuk berada di kedudukan ketiga.

Tempat kedua acara itu dimenangi atlet Sri Lanka, Chamod Yodhasinghe (10.43s).

Terdahulu, kedua-dua pelumba mara ke final selepas Muhammad Azeem menamatkan saringan kedua di tempat pertama, manakala Danish meraih tempat ketiga.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan