BELANJAWAN 2025 > BERITA

Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini - MetMalaysia

12/08/2025 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1 pagi Rabu.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri berkenaan ialah Kelantan yang melibatkan kawasan Gua Musang dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Keadaan cuaca sama dijangka turut melanda kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan di Pahang; daerah Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; seluruh Melaka; dan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri); manakala Sabah di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan