BELANJAWAN 2025 > BERITA

Malaysia Layan Kunjungan Singapura Di Bukit Jalil, Lawan Palestin Di Stadium Sultan Ibrahim

18/08/2025 02:38 PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Harimau Malaya bakal mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di dua venue berbeza bulan depan.

Skuad kendalian Peter Cklamovski akan memulakan kempen perlawanan persahabatan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada 4 Sept.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi skuad kebangsaan (Malaysia NT) hari ini, Malaysia kemudian akan melayan kunjungan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 Sept.

Kedua-dua perlawanan yang dijadual bermula pukul 9 malam itu merupakan aksi penting buat Harimau Malaya menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos, Oktober ini.

Malaysia yang kini berada di ranking ke-125 dunia akan menentang Laos pada 9 dan 14 Okt diikuti pertembungan dengan Nepal pada 18 Nov bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 sebelum melengkapkan aksi Kumpulan F berdepan Vietnam pada 31 Mac tahun depan.

Pasukan negara kini mendahului kumpulan dengan enam mata, diikuti Vietnam dan Laos yang masing-masing mengutip tiga mata, manakala Nepal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan