BELANJAWAN 2025 > BERITA

Enam Remaja Lemas Dihanyut Arus Sungai Di Aceh, Indonesia

26/08/2025 05:54 PM

JAKARTA, 26 Ogos (Bernama) -- Enam remaja perempuan berusia antara 14 hingga 15 tahun lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di wilayah Aceh, Indonesia.

Pelajar daripada pesantren Dayah Nurul Huda itu sedang mandi di Sungai Krueng Cot Kuala di Daerah Pidie pada Ahad apabila salah seorang daripada mereka seolah-olah ditarik ke dalam air.

“Lima yang lain cuba menyelamatkannya tetapi turut dihanyutkan,” kata Ketua Pejabat Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Banda Aceh, Al Hussain dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat menemukan lima mayat pada petang Ahad, manakala mangsa terakhir ditemukan  mati lewat Isnin kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian selepas operasi menyelam dijalankan.

“Mayat telah dibawa ke Pusat Kesihatan Tangse dan diserahkan kepada keluarga,” kata Al Hussain.

Misi mencari dan menyelamat itu melibatkan polis, tentera, pegawai agensi bencana, sukarelawan serta penduduk tempatan bersama Basarnas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan