BELANJAWAN 2025 > BERITA

MSDeaf Sasar Tiga Emas Di Deaflympics Tokyo

26/08/2025 06:36 PM

SEPANG, 26 Ogos (Bernama) -- Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) meletakkan sasaran awal tiga pingat emas pada temasya Deaflympics di Tokyo, Jepun, November ini.

Presidennya Dr Ong Shin Ruenn berkata sasaran itu realistik berdasarkan prestasi cemerlang kontinjen negara yang muncul juara keseluruhan pada Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 yang berakhir di Jakarta, semalam.

“Pada Deaflympics edisi lalu kita raih dua emas menerusi badminton dan boling. Kali ini kita mahu tambah satu lagi, mungkin daripada acara olahraga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus ketibaan kontinjen negara dari Jakarta.

Untuk rekod, Malaysia mengungguli saingan SEA Pekak dengan 25 emas, 16 perak dan 11 gangsa, termasuk 10 emas dalam olahraga, lapan boling, lima catur serta dua daripada badminton.

Dr Ong  berkata fokus kini tertumpu kepada persiapan rapi atlet negara menjelang temasya di Tokyo, selain kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan Jepun bagi melicinkan urusan kontinjen sepanjang kejohanan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan