JOHOR BAHRU, 27 Ogos (Bernama) -- Seramai 400 atlet daripada 40 institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara menyertai Varsity Boules Championships (VBC) 2025 yang berlangsung di sini sejak semalam hingga Sabtu ini.
Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) serta IPT itu mempertandingkan tiga acara utama iaitu petanque, boling padang dan tenpin boling.
Arena Emas menjadi gelanggang bagi acara petanque dan boling padang, manakala pertandingan tenpin boling berlangsung di Daiman Bowl.
Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik KPT, Dr Hanafiah Ayub di Kompleks Arena Emas, Skudai, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial