BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tropicana Tebus Sukuk Wakalah RM100 Juta

03/09/2025 10:12 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Tropicana Corporation menebus satu lagi tranche program sukuk wakalah bernilai RM100 juta yang matang hari ini.

Dalam kenyataan, syarikat itu menjelaskan pihaknya juga berjaya menebus satu tranche bernilai RM123.5 juta pada 30 Jun, 2025 di bawah program sukuk wakalah yang sama.

"Penebusan sukuk ini mencerminkan pengurusan kewangan Tropicana yang berhemat serta komitmen untuk menunaikan tanggungjawab kepada para pelabur.

"Syarikat terus menjana pendapatan mampan, disokong oleh jualan belum dibil RM2.1 bilion, serta memperoleh tarikan pasaran melalui projek pembangunan utama yang sedang dilaksanakan dan baharu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM6.5 bilion di seluruh Malaysia," tambahnya.

 Menurut Tropicana pihaknya akan meneruskan hala tuju pertumbuhan dengan inisiatif untuk meningkatkan prestasi jualan, menjana pulangan daripada tanah simpanan dan hartanah pelaburan, serta mengoptimumkan pengurusan kewangan.

Lembaran imbangan kumpulan pelaburan hartanah itu juga semakin kukuh, dengan kadar hutang kasar turun daripada 0.43 kali setakat 31 Dis, 2024 kepada 0.42 kali setakat 30 Jun, 2025.

"Kami mempunyai pelan penjualan strategik yang sedang dilaksanakan dan akan terus melaksanakan kempen jualan yang berkesan bagi merangsang pertumbuhan.

Tropicana kini memiliki tanah simpanan seluas 540.70 hektar dengan potensi nilai pembangunan kasar keseluruhan sebanyak RM168.4 bilion, menurutnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan