BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Dinamakan Suspek Kes Rasuah

04/09/2025 10:49 PM

JAKARTA, 4 Sept (Bernama-Xinhua) -- Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) pada Khamis menamakan bekas Menteri Pendidikan, Nadiem Makarim sebagai suspek dalam kes rasuah yang didakwa menyebabkan kerugian negara sebanyak 1.9 trilion rupiah (US$120 juta).

Kes itu berkaitan dengan perolehan komputer riba di bawah program pendigitalan seluruh negara, dasar utama yang diperkenalkan semasa tempoh perkhidmatan Nadiem.

"Bukti mencukupi untuk menamakan bekas menteri itu sebagai suspek telah dikumpulkan," kata Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas AGO, Nurcahyo Jungkung Madyo.

Nadiem didakwa di bawah Undang-Undang Pembanterasan Rasuah 1999 dan Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kerugian negara dan menyalahgunakan dana awam.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan