BELANJAWAN 2025 > BERITA

Sasaran Pingat: KBS Pilih Pendekatan Berasaskan Data Dan Saranan Pakar

05/09/2025 06:47 PM

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan pendiriannya untuk melaksanakan pendekatan lebih realistik dan mesra atlet dalam menetapkan sasaran pingat negara selaras dengan saranan pakar antarabangsa serta analisis dalaman.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keputusan untuk tidak lagi menetapkan sasaran pingat mengikut warna termasuk bagi Sukan SEA Thailand 2025 dibuat selepas meneliti data prestasi, hasil pascanilai (postmortem) kejohanan terdahulu dan perbincangan bersama pakar kejurulatihan dari Jepun, Profesor Masamitsu Ito dari Nippon Sport Science University.

“Apa yang kita nyatakan adalah sasaran pingat ialah jumlah pingat keseluruhan...kita tak nyatakan warna. Kita kata pingat keseluruhan.

“Supaya atlet...seperti postmortem kita untuk Sukan Asia...di mana atlet kata bila mereka sumbangkan pingat gangsa, mereka rasa mereka dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup The Coach Developer Program: A Holistic Approach to Coaching Growth.

Hannah menjelaskan pakar mendedahkan penekanan berlebihan kepada warna pingat mewujudkan tekanan tidak perlu iaitu beliau mahu semua atlet berasa sumbangan mereka dihargai sama ada emas, perak atau gangsa.

Katanya data juga menunjukkan bahawa pendekatan itu membantu mengekalkan fokus dan motivasi atlet.

Beliau berkata hal itu merupakan pendirian rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan KBS, walaupun terdapat persatuan sukan yang mungkin mengumumkan sasaran khusus mereka sendiri menjelang sesuatu kejohanan atau temasya.

Selain itu, Hannah turut mengumumkan usaha memperkasakan jurulatih menerusi program kesinambungan di bawah ISN termasuk cadangan mewujudkan pendaftaran jurulatih bertauliah serta lesen khas dalam tempoh lima tahun.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan